-->
SNAZZYSPACE.COM
BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

diyadoya punya cerita

aku percaya pada cinta sempurna.

GOD-SAVE-YOU
Selama ini hati dan akal sentiasa berfikir satu hubungan cinta yang sempurna bermaksud dua insan berkongsi rasa yang sama. Sesekali terlintas mungkin mereka bercinta kerana saling terpesona. Bukan kerana rupa atau harta, tapi mungkin kerana budi pekerti dan ketaatan pada agama. Cinta juga mungkin ada bila salah seorangnya sanggup bersusah supaya yang seorang lagi gembira dan begitu juga sebaliknya. Jika ditanya kepada sepuluh manusia maka akan ada sepuluh jawapan berbeza tentang cinta yang sempurna. Pasti juga akan ada yang tidak percaya. Mendengar nasihat ibu sendiri kepada anak perempuannya yang putus cinta bagaikan membuka mata yang tertutup seketika. Ini pertama kali dia bertanya anak perempuannya tentang teman lelaki. Jawapan yang diberikan melahirkan senyum dan sedikit nasihat dari wanita yang menyayanginya lebih dari yang dia rasa. Cinta yang sempurna terjadi bila sepasang kekasih tidak putus asa sesama mereka. Bila yang seorang merasakan hubungan mereka hampir ke penghujung, yang seorang lagi akan berusaha gigih mengekalkan hubungan yang ada. Dan yang seorang tadi akan semakin cinta bila dia nampak pengorbanan yang dilakukan oleh kekasihnya.
Pernah aku mengharapkan cinta sempurna daripada seseorang pada satu masa dulu. Dan pada masa itu ada seseorang mengharapkan cinta sempurna daripada aku. Dan di penghujungnya, hanya jalan buntu. Aku gagal mendapatkan walaupun salah satu dari itu. Aku masih gagal mencari erti cinta sempurna yang sebenarnya. Mungkin memang tiada. Bila terdetik sedemikian rupa, akan ada suara-suara ghaib menghalang diri ini dari berputus asa.

Posted by diyadoya

Labels: dear diaries.

Newer Post Older Post Home

About Me

My Photo
diyadoya
me? not much to say. Welcome to diyadoya blogspot. I respect those who respect me. don't judge me if you don't know me well. THANK YOU :)
View my complete profile

YOU'RE MINE

  • KELUARGA TERCINTA :)
  • Mohd Faiz Hassan
  • Nurul Syafiah Abdul Halim
  • Nurul Fazleen Mahadi
  • Siti NurBalqis Abdul Rahim
  • Nor Aisyah Alkende
  • Noor Fazira Azam
  • Norazah Mohd Yusof

add me on FACEBOOK :)

Diya Elora