hm .. Merenung kembali hidup aku membuatkan aku sedar, aku hanyalah manusia biasa seperti mereka juga. Manusia yang telah diciptakan oleh Allah dan mempunyai kelemahannya tersendiri. Bukan niat untuk memalukan diri sendiri .
Aku bukanlah perempuan yang mempunyai rupa paras yang menarik sehinggakan mampu menawan hati setiap lelaki pada pandangan pertama. Aku juga bukanlah seseorang yang mampu memahami hati seorang lelaki apatah lagi untuk melayan kaum adam ini dengan layanan yang lemah lembut. Bagi aku, semua lelaki adalah sama. semuanya gedik. Pantang apabila jumpa kekasih . HAHA .
Kadang kala aku sering terfikir, kenapa aku terlalu bodoh .. Menangis semata-mata hanya kerana seorang lelaki, sedangkan masih ramai lagi lelaki di luar sana. Apatah lagi yang tergila-gilakan lelaki sehinggakan sanggup berubah semata-mata untuk menjadi gadis idaman si dia. Ahh! Peduli apa aku dengan lelaki . Aku ni perempuan , mana boleh tunduk pada lelaki , daripada habiskan masa cari laki , baik aku lepak dengan member. Lagipun, muka macam aku ni konpem susah nak dapat pakwa yang hensem , muka licin, kaya. Diorang mana pandang perempuan macam aku ni..
aku rasa seperti aku BODOH !
Posted by diyadoya
Labels: dear diaries.